1.0 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kayak adalah bot didayung oleh manusia. Ia dicipta oleh penduduk asal kawasan Artik di Amerika Utara dan Greenland biasanya dikenali sebagai Inuitatau Eskimo. Perkataan "kayak" asalnya bererti "bot manusia/lelaki". Pembinaan asalnya merupakan rangka kayu diselitupi dengan kulit haiwan seperti kulit anjing laut. Kayak asal ini digunakan untuk memburu dilautan lepas Lautan Artik. Kayak biasanya dikemudikan dengan menggunakan pendayung dua belah. Pengguna kayak atau pendayung duduk dalam kayak dengak kaki mereka kehadapan. Bahagian atas kayak ditutup dengan geladak. Pengayuh duduk dalam lubang di kokpit yang boleh ditutup dengan skirt limpahan atau spraydeck. Ini menjadikan bahawa, sekiranya kayak terbalik, kayak tidak akan dipenuhi air, dan pendayung boleh menegakkan kayak kembali tanpa dipenuhi air. Pergerakan ini dikenali sebagai gulingan Eskimo Roll.
Pada zaman moden, kayak telah dimajukan lebih lanjut menjadi beberapa jenis termasuk iaitu berkayak di air putih whitewater kayaking, bot bermain playboats, surfing, kayak laut, perlumbaan air tenang, berkanoe Slalom, polo kanoe dan riadah. Jenis-jenis ini boleh dipecahkan lagi. Kayak moden diperbuat daripada plastik, fiberglass, kevlar, serat karbon, kanvas atau kayu. Terdapat model untuk seorang atau dua orang. Kini terdapat bot duduk di atas yang dimajukan, juga dipanggil kayak dan dikendalikan dengan pendayung dua belah.
1.2 Sejarah Perkembangan Kayak Global
Aktiviti kanu dan kayak sebebarnya telah lama berkembang di dunia. Van Clauseen, seorang Amerika telah mengilhamkan penubuhan sebuah badan kanu bertaraf dunia. Pada 20 Januari 1924, 'International Representanten Shaft Des Kanusport' (IRK) telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark dengan dianggotai oleh 19 buah negara. Tahun 1927 pula menyaksikan perubahan besar dalam kemahiran berkayak apabila Pawlata dari Austria memperkenalkan teknik gulingan yang dinamakan 'Eskimo Roll'. Teknik yang telah beliau pelajari dari penduduk Artik ini bertujuan untuk menaikan semula kayak yang terbalik tanpa perlu keluar darinya. Disinilah bermulanya perkembangan teknik gulangan yang lain.
Aktiviti pertandingan kayak mula berkembang seawal tahun 1924 di mana acara pecut telah diperkenalkan sebagai acara pertunjukan di Sukan Olimpik ke Vll di Paris. Dua belas tahun kemudiannya, iaitu pada tahun 1936, acara pecut telah dipertandingkan secara rasminya di Sukan Olimpik Berlin. Pada tahun 1949, Kejohanan Slalom Dunia telah dianjurkan di Geneva. Awal tahun 60 an pula menyaksikan acara menuruni jeram diperkenalkan. Selepas itu, perkembangan pertandingansukan kayak terus bercambah dari kanu polo, surfinmg hinggalah ke acara 'rodeo'.
Pada tahun 1866, kelab kanu pertama didunia telah ditubuhkan di Twickenham England. Kelab ini telah bertanggungjawab mempopularkan sukan kanu di seluruh England terutama di kalangan pelayar dan golongan atasan British. 7 tahun kemudian, kelab ini telah di anugerahkan gelaran Diraja oleh Ratu Victoria. Sehingga hari ini, kelab ini telah melahirkan ramai pengiat aktiviti kayak.
Persatuan Kanu British telah ditubuhkan pada tahun 1887 dan memainkan peranan besar dalam memperkenalkan aktiviti berkayak di seluruh England dan dunia. Selepas Perang Dunia Kedua, namanya telah diubah menjadi Persekutuan Kanu British (BCU) dan merupakan sebuah pertubuhan kanu yang terkenal dan terulung di dunia.
1.3 Sejarah Perkembangan Kayak Moden
Seorang yang bernama John MacGregor telah memberi nafas baru dalam aktiviti ini. Jika sebelumnya, kayak digunakan bagi tujuan pengangkutan, tetapi kini ia menrangkumi aspek yang lebih meluas lagi iaitu dalam bidang sukan, kesenggangan dan pendidikan. Sebagai mengiktiraf sumbangan John MacGregor dalam perkembangan aktiviti kayak, beliau telah diberikan gelaran Bapa Kayak Moden.
John MacGregor adalah seorang pelaut British yang berbangsa Scott. Oleh kerana sering mengembara keseluruh pelusuk, beliau memperolehi pelbagai pengalaman. Pengalaman utama yang beliau perolehi ialah tentang bagaimana orang Eskimo membina dan mengendalikan kayak mereka. Pada tahun 1865, beliau telah mencipta sebuah kayak moden berdasarkan kayak yang beliau saksikan di Artik. Kayak ini dinamakan Rob Roy. Sepanjang tahun 1865 hingga 1867, beliau telah menjelajah hamper kesemua sungai-sungai di Eropah dengan menggunakan kayak ciptaannya ini.
1.4 Perkembangan Kayak di Malaysia
Di negara kita, kegiatan berkayak telah bermula seawal peradaban manusia. Tujuan utamanya ialah sebagai medium pengangkutan dan pedagangan. Antara kanu yang mula-mula digunakan ialah sampan kotak, perahu dan kolek. Sejarah kayak moden pula bermula sekitar tahun 1960 an. Ia diperkenalkan oleh pelaut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura. Namun begitu, ia tidak popular dikalangan umum kerana kegiatannya hanya bertumpu dikalangan anggota tentera dan kakitangan kanan kerajaan sahaja. Selain itu, aktiviti berkayak pada masa itu juga dipraktikan dimaktab-maktab perguruan di seluruh negara. Guru-guru yang mengikuti kursus Pendidikan Jasmani pada masa itu telah membina beberapa unit kayak kanvas dan menjalankan pelbagai ekspidisi kayak di seluruh negara.
Sekitar tahun 1970 an Pulau Pinang telah mempelopori aktiviti kayak negara. Aktiviti tumpuannya ialah ekspidisi dan pertandingan. Antara kejohanan yang telah dianjurkan ialah Kejohanan Merentas Selat Pulau Pinang dan Kejohanan Mengelilingi Pulau Pinang. Pada tahun 1980 an 'Penang Canoe and Recreation Club' telah ditubuhkan. Ia merupakan kelab kanu pertama ditubuhkan diMalaysia. Namun begitu, aktiviti hanya tertumpu di sekitar Pulau Pinang dan tidak berkembang menyeluruh ke serata Malaysia.
Kementerian Belia dan Sukan kemudiannya telah berusaha merangsang kegiatan kayak di seluruh Malaysia. Program Malaysia Cergas merupakan indikator utama perkembangan aktiviti ini. Bantuan kewangan dan peralatan berkayak telah disalurkan ke seluruh negara. Aktiviti ekspedisi merupakan tumpuan utamanya.
Aktiviti kayak telah tercatat dalam lembaran sejarah negara pada tahun 1988 apabila buat pertama kalinya dua orang anak Malaysia telah berjaya mengelilingi Semenanjung Malaysia menggunakan kayak solo. Pengembaraan sejauh 1846 km telah mengambil masa selama 63 hari. Kejayaan ekspedisi ini telah menjana lagi perkembangan aktiviti kayak negara. Cabaran-cabaran kayak telah dipertingkatkan lagi sehingga terlaksananya ekspedisi-ekspedisi merentas lautan antarabangsa seperti Ekspedisi Kayak Nusantara Johor ke Riau, Ekspedisi Kayak Antarabangsa Johoe-Surabaya-Bali dan Ekspedisi Kayak Antarabangsa Merentas Selat Inggeris. Ekspedisi-ekspedisi yang telah dijalankan ini telah mengharumkan nama negara dan membuktikan kemampuan anak bangsa.
Acara pertandingan kanu pula diperkenalkan seawal tahun 1980 an di Pulau Pinang. Pada tahun 1990, Persatuan Kanu Kuala Lumpur telah menganjurkan Regatta Kanu Kebangsaan yang pertama di Tasik Titiwangsa. Persatuan Rekreasi Wilayah Persekutuan (PERWIP) pula telah menganjurkan pertandingan kayak arus deras di Taman Negara.
Tahun 1992 mencatat sejarah dalam perkembangan pertandingan kayak negara apabila acara kayak telah dipertandingkan buat pertama kalinya di Sukan Malaysia Ke empat di Johor Bharu. Acara menuruni jeram dan salom telah diperkenalkan pada tahun 1994 dalam Kejohanan 'War On Water' di Jeram Besu,manakalan acara kanu polo pula telah diperkenalkan pada tahun 1995. Seiring dengan perkembangan aktiviti berkayak sebagai satu displin sukan, atli-atlit kayak Malaysia telah mencapai beberapa kejayaan gemilang di peringkat antarabangsa. Aziz bin Ahmad dari Johor telah memenangi pingat gangsa dalam acara TK1 1000m di Kejohanan Kanu Asia Jepun pada tahun 1991. Bidang slalom pula mencatat sejarah apabila Salehuddin Ayob telah melayakan diri ke Sukan Olompik 1996 di Atlanta. Skuad Kayak Sukan SEA 1997 ke Jakarta telah merangkul 3 pingat gangsa melalui penampilan pertama mereka di arena Sukan SEA.
2.0 PERBEZAAN KAYAK DAN KANU
2.1 Definisi Kanu
Kanu atau kano adalah sebuah perahu kecil dan sempit yang biasanya digerakkan dengan tenaga manusia sama ada dengan mendayung mahupun mengayuh namun ada juga yang menggunakan layar. Bentuk kanu umumnya menirus pada kedua hujungnya dan terbuka di bahagian atas badannya tetapi bahagian ini dapat diberi tutup.
Kanu yang menggunakan tenaga manusia digerakkan dengan kayuh. Jumlah pengayuhnya tergantung pada ukuran kanunya sendiri (umumnya dua). Para pengayuh duduk menghadap kea rah tujuan perjalanan. Mereka duduk pada penyokong yang ada di badan perahu atau berlutut langsung di badan perahu tersebut. Hal ini membezakan cara mengayuh kanu dengan dayung olahraga dalam dayung para pengayuh duduk membelakangi tujuan perahunya. Kayuh kanu dapat bersisi tunggal atau bersisi dua.
2.1 Perbezaan Kayak dan Kanu
Kedua-dua bot ini mempunyai perbezaan seperi bentuk, paddle, asal usul dan kegunaan biasa. Kita perlu pandai memilih bot yang sesuai untuk keperluan rekreasi. Bentuk kanu bertubuh lebar dengan bahagian bawah rata. Buka di bahagian atas dengan tempat duduk untuk mendayung. Kaki kanu di kedua-dua hujung dalam bentuk U sangat sedikit. Canoes yang direka untuk tasik dan sungai yang bergerak perlahan sering memakai kemudi untuk penstabilan perjalanan lurus.
Kayak reka bentuk sempit daripada kanu. Kayak dilampirkan di bahagian atas dan mungkin mempunyai skirt semburan untuk membuat meterai kedap air di sekitar badan paddler itu. Paddler mesti duduk di dasar kayak. Kayak tradisional tidak mempunyai kemudi. Direka dengan cepat dengan betul jika terbalik. Terdapat pengecualian untuk setiap peraturan apabila melihat reka bentuk kanu dan kayak. Kedua-dua bot ini telah diubah suai untuk memenuhi keperluan sukan tertentu.
Paddles, kanu paddle bladed tunggal dan kayak dayung berlapis ganda. Ini adalah cara termudah dan paling pasti untuk mengetahui sama ada bot itu adalah kanu atau kayak. Asal pula, kanu yang digunakan oleh orang di seluruh dunia dari sekurang-kurangnya 10,000 tahun yang lalu. Gaya-gaya tradisional yang pertama diguna dan birchbark dengan kanvas dan kayu menjadi abad ke-19. Kanu yang lebih besar digunakan untuk penerokaan dan pelayaran lautan. Kayak yang digunakan oleh inuit dan suku-suku utara yang lain untuk memburu lautan terbuka. Secara tradisi dibuat dari kulit kalis air yang terbentang di atas bingkai kayu ringan.
Kegunaan khas, kanu dua atau tiga orang biasanya mengayuh kanu. Ia digunakan di tasik dan sungai yang tenang untuk perjalanan jarak jauh dan memancing kecil. Kayak pula seorang dan jarang dua orang mengayuh kayak. Mereka sering digunakan untuk jeram putih dan kurang sering untuk perjalana di tasik dan sungai yang tenang.
Kanu biasanya lebih besar daripada kayak, kanu menggunakan paddle tunggal manakala kayak menggunakan dayung berganda, kanu telah digunakan di seluruh dunia untuk perdagangan awal dan perjalanan. Kayak telah dibangunkan untuk memburu dan memancing di Laut Utara. Kanu biasanya ditemui di badan-badan yang tenang airnya manakala kayak lebih sesuai untuk perjalanan whitewater.
2.3 Kategori Kayak
i Sea Kayak
Direka khusus untuk aktiviti kembara sama ada untuk satu atau dua jurumudi dengan reka bentuk permukaan dan saiz bersesuaian dengan keadaan persekitaran laut lepas.
ii Whitewater Kayak
Menggabungkan teknologi rekaan bot yang menekankan aspek ketahanan, sebagaimana kayak jenis slalom yang tahan lasak.
iii Kayak Luncur Ombak Atau Surf Skis
Direka khusus lebih kecil dan memanjang yang sesuai untuk aktiviti membelah ombak dan aktiviti menyelamat di kawasan berombak.
iv Kayak Jenis Perlumbaan
Menampilkan rekaan yang lebih tirus dan tajam di kedua-dua belah bahagian depan dan belakang malah paling sukar untuk dikendalikan.
2.4 Jenis-Jenis Kayak
i Kayak Jenis Creek Boat
Gambar rajah 2.4.1 Kayak Creek boat
Kayak jenis ini ialah kayak yang digunakan oleh orang yang baru menceburi bidang kayak dan kanu. Ini adalah kerana kayak Creek ini memberikan kestabilan yang tinggi dan mudah untuk dikendalikan.
i Kayak Jenis Polo
Gambar rajah 2.4.2 Kayak Polo
Kayak jenis ini digunakan di kawasan danau yang tenang dan kolam. Kayak ini hampir sama dengan kayak Creek boat tetapi bentuk belakangnya lebih leper ini.
i Kayak Jenis Inflatable
Gambar rajah 4.2.3 Kayak Inflatable
Kayak jenis ini diperbuat daripada gabungan getah dan gentian kaca. Kayak ini mempunyai daya apungan yang tinggi. Kayak jenis ini perlu di pam angina sebelum digunakan.
ii Kayak Jenis Squirt
Gambar rajah 4.2.4 Kayak Squirt
Kayak jenis ini sesuai digunakan untuk Rodeo di arus deras seperti enders dan catwhell, ini adalah kerana kayak ini berbentuk tipis dan ruang didalamnya hanya memuatkan kaki pendayung sahaja. Saiz kayak ini hanya 2.5 meter oleh hal yang demikian ia mampu menyelam.
iii Kayak Jenis Sprint
Gambar rajah 2.4.5 Kayak Sprint
Kayak jenis ini selalunya digunakan untuk acara perlumbaan. Ini adalah kerana kayak ini berbentuk panjang, kecil dan tirus. Ianya sangat laju dan pendayungnya memiliki keseimbangan yang sangat baik.
iv Kayak Jenis Slalom
Gambar rajah 2.4.6 Kayak Slalom
Kayak slalom digunakan dalam keadaan selok belok. Kayak ini bersaiz pendek dihadapan dan panjang serta lebih kembung di bahagian belakang. Panjang kayak ini adalah 6 meter dan ia bentuk tajam dibahagian hadapan oleh hal yang demikian kayak ini memiliki kelajuan dan kestabilan yang tinggi.
v Kayak Jenis Downriver
Gambar rajah 4.2.7 Kayak Downriver
Kayak ini berukuran panjang sekitar 4m, di reka bentuk dan di bina deck leper, depan tajam, memudahkan pendayung untuk masuk celah di pagar slalom.
vi Kayak Jenis Sea
Gambar rajah 4.2.8 Kayak Sea
Kayak ini digunakan untuk melakukan aktiviti di laut. Kayak jenis ini berkuasa mengharungi lautan. Kayak ini telah dibekalkan dengan kompas untuk navigasi. Selain itu, kayak ini mempunyai ruang bebas air bagi menyimpan barangan semasa melakukan aktiviti di belakang kayak ini pula terdapat alat kemudi.
vii Kayak Jenis Sit On Top
Gambar rajah 4.2.9 Kayak Sit On Top
Kayak jenis ini lambat bergerak dan juga sukar di uruskan. Selain itu, kayak ini sukar untuk melakukan kemahiran atau teknik berguling (eskimo roll). Kelebihan kayak ini ialah air tidak akan bertakung didalamnya kerana kayak ini telah direka lubang-lubang khas untuk menghindarkan takungan.
3.0 PERALATAN
3.1 Anatomi Kayak
Kita perlulah memilih kayak yang semasa aktiviti kayak dijalankan yang mana kita pilih haruslah bersesuaian dengan saiz badan kita dan jenis aktiviti yang hendak kita lakukan. Pada kebiasannya, kayak arus deras selalunya pendek (2.86m-3.7m) dan berbentuk bulat yang mempunyai geladak depan dan belakang yang nipis bertujuan untuk memudahkannya memotong air dan berpusing dengan cepat di arus deras. Selain itu, kayak yang digunakan di laut pula lebih panjang (4.6m-5.7m) dan mempunyai geladak yang lebih tinggi untuk memudahkannya bergerak lurus dan meredah ombak. Bagi aktiviti berkayak, kayak adalah peralatan terpenting dan sebelum kita berkayak kita haruslah mengetahui nama-nama di setiap bahagian badan kayak antaranya ialah:
Gambar rajah 3.3.1
Gambar rajah 3.1.2
Bow (Hadapan)
Bow ialah bahagian hadapan (hujung kayak hadapan), istilah bow digunakan dalam pengendalian kayak. istilah bowmen ialah ditujukan kepada orang yang duduk dihadapan.
Stern (Belakang)
Stern ialah bahagian belakang (hujung kayak belakang), istilah stern digunakan dalam pengendalian kayak. Istilah sternmen ialah ditujukan kepada orang yang duduk di bahagian belakang.
Papan kanan (Starboard)
Bahagian untuk sebelah kanan.
Pelabuhan (Port)
Kapal bot untuk sebelah kiri.
Deck (Bahagian geladak atas)
Bahagian atas kayak dipanggil deck. Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung. Deck hadapan dipanggil foredeck dan bahagian belakang dipanggil aftdeck.
Toggles
Toggles ialah sejenis tempat pemegang (tali) yang berada di bahagian bow dan stern. Ia berfungsi untuk memudahkan kita mengangkat kayak.
Cockpit (Ruang legar tempat duduk)
Cockpit ialah tempat ruang legar tempat duduk pendayung yang terletak diantara foredeck dan aftdeck. Ia berfungsi untuk pendayung duduk didalam kayak.
Coaming
Bahagian tepi yang mengelilingi cockpit. Ia berfungsi sebagai penahan air untuk masuk ke dalam cockpit. Selain itu ia juga digunakan untuk mengikat spraycover.
Seat (Tempat duduk)
Seat terletak didalam cockpit adalah tempat duduk pendayung
Footrest (Tempat rehat kaki)
Ia terletak didalam dibahagian foredeck. Ia merupakan tempat meletak kaki pendayung. Ia berfungsi memberi daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih melalui kombinasi pergerakan tangan.
Hull
Bahagian bawah kayak atau pun lantai kayak.
Keel
Jika kita melihat bahagian bawah kayak ada bahagian tengah yang timbul dari depan hingga belakang. Itu dipanggil keel. Ia berfungsi sebagai membelah air ketika mendayung.
Hatches (Tempat ruang simpan barang)
Lubang penutup yang terdapat ditengah bahagian foredeck dan aftdeck. Ia berfungsi untuk tempat menyimpan barang atau peralatan diri atau alat perkhemahan. Biasanya hatches terdapat pada kayak laut sahaja.
3.2 Anatomi Pendayung (Paddle)
Sebagaimana kayak, pendayung (paddle) juga mempunyai anatominya sendiri yang berfungsi untuk melancarkan lagi pergerakan dayungan. Setiap pendayung yang direka bergantung kepada dua elemen penting iaitu prestasi dan kesesuaiannya berdasarkan aktiviti yang akan dijalankan. Kebanyakannya pendayung ini diperbuat daripada :
· Kayu
· Playwood (kayu lapis)
· Fibreglass (gantian kaca)
· Carbon / kevlar
· Plastik
Antara bahagian pedayung ialah:
Gambar rajah 3.2.1
Gambar rajah 3.2.2
· Blade (Bilah mata dayung)
Kepingan yang berada di hujung batang dayung yang berfungsi untuk mengaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan saiz bergantung kepada kegunaannya.
· Tip (Pelindung mata dayung)
Kepingan logam yang berada di hujung mata dayung. Sesetengah dayung tiada logam. Ia berfungsi melindungi mata dayung (blade) daripada kerosakan akibat hentakan.
· Shaft / Loom / Bar (Batang tengah pendayung)
Ia berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Ia merupakan bahagian pemegang pendayung.
· Neck (Leher pendayung)
Bahagian pencantuman antara blade dan shaft.
· Drip Ring (Bulatan getah)
Bahan yang diperbuat daripada plastik atau getah dan terletak berhampiran dengan neck. Ia berfungsi untuk menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung. Tidak semua pendayung memiliki drip ring.
· Front of Blade (Permukaan dayung)
Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk mengaut air.
· Back of Balde (Belakang dayung)
Bahagian belakang muka dayung. Ia berbentuk cembung untuk memberi sokongan yang kuat kepada mata dayung.
3.3 Penutuk Cockpit (Spraycover / Spraydeck)
Spraydeck dikenakan oleh kayaker dalam kebanyakan keadaan, tetapi terutama pada air kasar dan dalam cuaca buruk, untuk mengelakkan air memasuki kokpit kayak dan untuk membantu kayaker berguling. Ini kerana ia berfungsi sebagai menutup cockpit dan menghalang air daripada masuk ke dalam kayak. Ia dipakai di pinggang pendayung dan disangkut pada coaming serta mudah ditanggalkan pada keadaan terdesak.
Pengikat boleh ditarik rapat atau dipegang oleh kekenyalannya, ini mencegah kemasukan air sambil memungkinkan penumpang melepaskannya dengan cepat jika kapal itu terbalik. Untuk membantu pelepasan mudah semasa terbalik, gelung ambil dipasang di bahagian depan geladak spraydeck, yang dapat digunakan oleh kayaker untuk menarik tempat spraydeck bebas. Tempat spraydeck yang ditutup dengan baik akan membolehkan kayaker melakukan gulungan eskimo dan terus mendayung tanpa perlu menyelamatkan diri.
Spraydeck kayaker juga dikenali sebagai "sprayskirt", kerana mengenakan seperti rok sebelum memasuki kapal. Pemeriksaan spraydeck untuk kayak tradisional lebih sempit, agar sesuai dengan kokpit sempit yang disesuaikan; kayak yang dihasilkan secara besar-besaran mempunyai kokpit yang lebih besar dan geladak spraydeck mestilah lebih lebar di hujungnya.
Gambar rajah 3.3.1 Contoh spraydeck di dalam kayak
Pemeriksaan penyembur air putih (whitewater spraydeck) dibuat sepenuhnya dari neoprene, sedangkan pemeriksaan penyemburan air rata atau kayak laut boleh dibuat dari salah satu bahan. Beberapa spraydeck dibuat dari kedua-dua nilon dan neoprena. Spraydeck juga mempunyai pelbagai jenis bahan, anataranya ialah;
Gambar rajah 3.3.2 Spraydeck daripada bahan kulit anjing laut (Sealskin)
Gambar rajah 3.3.4 Nylon spray deck
3.4 Jaket Keselamatan
Gambar rajah 3.4.2 Buoyancy aid
Jaket keselamatan dan Buoyancy aid merupakan peralatan keselamatan yang paling penting ketika kita berada dalam air mahupun ketika kita membuat aktiviti air. Kita tidak seharusnya membuat aktiviti air tanpa menggunakan jaket keselamatan kerana ia mungkin akan mendatangkan risiko.
Perbezaan Jaket Keselamatan dan Buoyancy aid ialah prestasi dan cara penggunaannya adalah berbeza walaupon mempunyai fungsi yang sama. Para pendayung seharusnya mengetahui perbezaan ini bagi menentukan bahan apungan keselamatan yang paling ideal bagi setiap aktiviti.
Buoyancy aid ialah bahan bantuan apungan. Ia berbentuk seperti vest dan dilengkapi dengan tali pinggang. Bouyancy aid diperbuat daripada sejenis getah kalis air yang lembut. ketika di air, ia akan membuatkan kita terapung secara menegak. Buoyancy aid ini hanya boleh bertahan dalam jangka masa yang pendek.
Jaket keselamatan ialah bahan bantuan apungan yang disarungkan ke bahagian badan melalui kepala yang menggunakan bahan apungan luaran seperti udara ataupun gas. ketika di air ia boleh mengapungkan kita dalam kedudukan 45 darjah menegak dalam jangka masa 72 jam.
3.5 Topi Keselamatan
Gambar rajah 3.5.1
Ia berfungsi untuk melindungi kepala kita daripada terhantuk di permukaan yang keras dan selalunya digunakan apabila berkayak di jeram. Terdapat topi jenis tangkai yang akan menentukan apa jenis kepala yang diperlukan. Paddlers whitewater mesti memakai topi keledar yang diluluskan dan lain-lain jenis paddler harus memakai topi dengan penuh. Ini akan melindungi mereka dari kesan merosakkan matahari pada hari-hari panas serta membantu mereka mengekalkan haba badan mereka pada hari-hari sejuk.
3.6 Pakaian
Apabila berkayak pada musim panas amatlah digalakkan untuk memakai baju yang sangat lentur dengan lengan panjang untuk melindungi dari matahari dan di atasnya menggunakan neoprena. Selain itu adalah penting untuk membawa topi keledar, tabir suria kalis air dan kaca mata yang diluluskan, kasut neoprena dan sarung tangan sebagai pilihan. Seperti baju sukan dan berseluar jersi, wetsuit, pakaian renang selam, seluar panjang dan baju berlengan panjang. Mereka perlulah memakai pakaian yang selesa dan sesuai, contohnya;
Gambar rajah 3.6.1 Contoh berpakaian yang sesuai untuk berkayak
Gambar rajah 3.6.2 pakaian untuk perempuan
Gambar rajah 3.6.3 Pakaian untuk lelaki
3.7 Kasut Air (Booties)
Gambar rajah 3.7.1 Kasut air
Memakai kasut yang bersesuian mengikut cuaca dan keadaanjuga penting sewaktu berkayak dengan mengkenakan sarung kaki tertutup yang sesuai. Kasut kaki dan booties sangat baik untuk mendayung air sejuk. Kaki kasut lama, kasut air, atau kasut kaki tertutup berfungsi dengan baik dalam keadaan hangat. Bagi kedua-dua kes, harus memastikan bahawa memakai perlindungan kaki dengan baik . Jika tidak memakai kasut dengan betul apabila lalu di batu-batu, kerang, kehidupan laut, dan juga kaca akan menyebabkan kecederaan yang kerap pada paddler yang tidak curiga kerana mereka tidak memakai kasut yang sesuai ketika berkano dan berkayak.
3.8 Senarai Peralatan Berkayak
Antara peralatan kayak yang perlu dimiliki oleh kayaker serta peralatan lain yang boleh dipertimbangkan untuk membelinya. Antaranya;
i Kayak
Kayu whitewater berbeza daripada sea atau touring kayak. Jenis kayak yang anda pilih bergantung sepenuhnya pada jenis paddle yang ingin anda lakukan dan tahap paddler anda.
ii Paddle
Setiap jenis kayak menggunakan jenis paddle yang berbeza. Kedai di mana anda membeli peralatan anda boleh membantu anda memikirkan mana dayung itu pergi dengan kayak yang anda memutuskan untuk membeli.
iii Peranti Pengapungan Peribadi (PFD
Pada asasnya adalah jaket hayat atau penjaga hayat untuk kayakers.
iv Sprayskirt
Membantu menjaga air dari kayak. Mereka perlu untuk whitewater dan sea kayaking. Berkayak rekreasi boleh dilakukan tanpa mereka. Anda mesti memastikan bahawa skirt sesuai dengan anda dan kayak.
v Helmet
Helmet adalah keperluan untuk whitewater kayaking. Mereka bukanlah keperluan untuk kayaking sea. Disyorkan untuk sentiasa menggunakan topi keledar semasa surf kayaking.
vi Kering Top, Drysuit, Wetsuit, Jaket Paddle
Ini benar-benar satu perkara keutamaan dan suhu air. Sesetengah orang selalu menggunakan atas kering. Lain-lain dayung tanpa apa-apa item ini sepanjang musim panas.
vii Booties
Pastikan mereka selesa dan sesuai dengan kayak sambil memakainya.
viii Sarung tangan
Ini juga merupakan perkara yang disukai kerana sesetengah orang tidak suka memakai sarung tangan. Selain menjaga tangan anda hangat, sarung tangan juga melindungi jari-jari dari sekerap dan gosir.
ix Tali (Rope)
Ini boleh membantu anda menyelamatkan nyawa seorang kawan. Saya amat mengesyorkan semua peladang untuk membawa beg menyelamat menyelamat.
x Pisau
Ini adalah salah satu barangan yang anda mungkin tidak akan pernah menggunakan. Sekiranya anda tersangkut dalam tali atau tersangkut di bawah rakit, anda akan gembira bahawa anda mempunyai satu.
xi Float bags
Beg -beg ini yang sesuai dengan buruan kayak akan menghalangnya daripada tenggelam jika anda terpisahkan dari bot anda.
xii Beg Kering
Ini akan memastikan makanan ringan dan kamera anda kering. Hanya pastikan ia dipasang di dalam bot.
3.9 Penjagaan Peralatan
Terdapat beberapa teknik menyimpan dan mengangkut kayak supaya kayak tidak rosak apabila selesai aktiviti kayak, antaranya;
i Teknik Menyimpan Kayak
Gambar rajah 3.9.1 Teknik pepara
Gambar rajah 3.9.2 Teknik gantungan
Gambar rajah 3.9.3 Teknik kerusi
ii Teknik Mengangkut Kayak
Gambar rajah 3.9.4 Menggunakan kereta
Gambar rajah 3.9.5 Menggunakan troli bagi jumlah yang banyak
Selain itu, penjagaan peralatan kayak jugak boleh dilakukan dengan;
Ø Kayak
i Jangan duduk atas kayak.
ii Jangan hempas kayak atau jatuhkannya.
iii Jangan langgar tebing atau batu.
iv Bilas dengan air yang bersih.
Ø Paddle
a. Jangan jatuhkan pendayung.
b. Mata pendayung jangan dicucuk di tempat keras
c. Jangan tolak tebing guna mata pendayung
4.0 KESELAMATAN BERKAYAK
4.1 Punca Kemalangan
· Kurang pengawasan (penganjur atau ibubapa) terhadap terhadap anak atau peserta yang bermain di air. Terbaik ialah beritahu kawasan-kawasan yang bahaya dan elakkan.
· Tidak tahu atau kurang kebolehan untuk menyelamat orang lemah.
· Tidak mematuhi peraturan yang telah dinyatakan.
· Kurang pengetahuan tentang aktiviti atau sukan air yang disertai (langkah keselamatan untuk melepaskan diri) jika musibah berlaku contoh berkayak.
· Kurang kemahiran/pengalaman dari segi teknik dan pengendalian sukan yang disertai.
· Cemas atau kelam kabut (panik), apabila panik musibah mudah berlaku, sebaiknya tenteramkan diri agar panik hilang.
· Kekejangan otot, kebisaan berlaku apabila berenang; ia disebabkan pengunaan tenaga yang berlebihan dan sejuk. Jika berlaku tahan sakit apungkan diri dengan tangan dan berenanglah ketebing. Teknik lain ialah jika berlaki dikaki, bongkokan badan ke hadapan, bahagian muka menghadap kebawah air, tarik nafas dan tarik kaki kearah atas sambil mengurut kaki itu. Jika otot perut, tarik otot itu dengan menukarkan kedudukan badan.
· Pengaruh bahan yang memabuk dan menghayalkan (dadah, arak dan lain-lain)
· Ombak yang besar- jika boleh elakan.
· Arus sungai atau laut yang kuat/deras.
· Akibat dari terkena hidupan air yang berbisa.
· Tidak pandai berenang atau kurang mahir (penggunaan life jacket amat digalakan).
· Berenang ditempat yang merbahaya.
4.2 Langkah-Langkah Keselamatan
Sebelum tugas menyelamat dilakukan empat prinsip ini harus diberi perhatian:
o Mengekalkan wujudnya kecemasan
o Menilai keadaan, kemampuan dan cara
o Tindakan menyelamat
o Rawatan kecemasan dan tindakan susulan
Terdapat lima cara yang biasa digunakan untuk menyelamatkan orang lemas, tetapi ia bergantung juga kepada situasi dan kesesuaian untuk menyelamat. Harus ingat orang yang lemas itu amat panik dan jika tersilap cara anda sekali akan manjadi mangsa. Oleh itu fikirkan keselamatan diri dahulu, kemudian baru pergi menyelamat.
ü Cara pertama: Capaian - gunakan tangan atau kayu hulurkan kepada mangsa jika jarak tidak jauh.
ü Cara kedua: Harungan - berlaku jika air cetek dan boleh pergi ke mangsa.
ü Cara ketiga: Lontaran - gunakan tali dan lontar, agar dapat dipegang oleh mangsa. dan kita boleh tarik atau lontarkan apa saja objek yang boleh terapung.
ü Cara keempat: Kayuhan - gunakan perahu atau kayak untuk menyelamat.
ü Cara kelima: Renang - Jika sudah tiada cara lain, renang untuk menyelamat. dilakukan. Untuk itu pastikan anda cekap berenang dan yakin untuk melakukan.
4.3 Panduan Langkah Keselamatan
Keselamatan sukan perahu telah dibahagikan kepada lima aspek iaitu kesempurnaanperahu, jaket keselamatan, minuman alcohol, kesedaran cuaca dan mengekalkan keapungan.
· Bagi kesempurnaan perahu, kita harus memastikan perahu boleh berfungsi dengan baik sebelum menjalankan aktiviti air. Kita harus memeriksa setiap bahagian perahu dengan terperinci untuk mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan. Jika terdapat apa-apa kerosakan, kita harus membaikinya sebelum menggunakannya. Kita juga jangan lupa memeriksa pengayuh kita dan memastikannya dapat berfungsi dengan baik. Kita juga perlu mempunyai pengetahuan yang cukup untuk menjalankan aktiviti air.
· Selain itu, kita juga harus sentiasa memakai jaket keselamatan semasa menjalankan aktiviti air. Perenang yang baik juga harus memakai jaket keselamatan kerana banyak kemalangan tidak dapat diramalkan. Kita dapat mengekalkan keapungan dengan memakai jaket keselamatan jika kita terjatuh ke dalam air. Oleh itu, memakai jaket keselamatan dapat meningkatkan peluang untuk diselamatkan dan terus hidup.
· Di samping itu, kita juga harus mempunyai kesedaran tentang keadaan cuaca. Perahu yang kecil mudah dilukai disebabkan keadaan cuaca yang buruk. Kita harus memegang dua peraturan iaitu mengetahui keadaan cuaca sebelum menjalankan aktiviti air dan memberi perhatian kepada langit dan awan semasa berada dalam perahu. Oleh itu, kita harus sentiasa memeriksa ramalan cuaca dengan menggunakan radio atau telefon bimbit. Jika keadaan cuaca pada hari menjalankan aktiviti air sangat buruk, kita harus menangguhkan aktiviti tersebut. Kita harus memerhatikan cuaca sekeliling biarpun ramalan cuaca mengatakan keadaan cuaca pada hari itu adalah baik.
· Selain daripada itu, kita harus mengelakkan minuman alcohol sebelum atau semasa menjalankan aktiviti air. Hal ini disebabkan kebanyakan kes kemalangan aktiviti air berkaitan dengan minuman alcohol. Selepas minum minuman mengandungi alcohol, kesedaran dan kemahiran kita akan menjadi lemah. Ini akan mengurangkan peluang untuk terus hidup. Minuman alcohol juga akan melemahkan kestabilan, kesedaran visual, masa untuk memberi respond dan sebagainya.
· Kita juga perlu membuat float plan , jika anda merencanakan satu perjalanan berkayak, seseorang harus tahu saat anda mengalami hal buruk di tengah perjalanan, dan salah satu cara yang terbaik adalah memberitahu seorang teman atau keluarga anda terlebih dahulu sebelum anda memulai perjalanan anda. Beritahukan nama-nama teman seperjalanan anda, tempat atau nama sungai yang akan anda jelajahi, di titik mana anda akan mulai dan di titik mana anda akan mengakhiri perjalanan anda, bilakah anda bercadang untuk tiba di tempat tujuan dan rancangan-rancangan perhentian anda. Sebaiknya anda juga menyertakan nombor-nombor telefon penting untuk di hubungi saat anda tidak boleh tiba di waktu yang telah dirancangkan. Float Plan seharusnya dibuat lebih teratur lagi manakala anda merancangkan untuk menjelajahi sungai dalam waktu lama.
· Jujur terhadap diri sendiri dimana kita perlu memahami kemampuan dan keterbatasan diri sendiri sangatlah penting. Anda harus jujur terhadap diri sendiri dan jujur terhadap teman seperjalanan. Hidup anda dan teman seperjalanan anda sangat tergantung bagaimana memahami kemampuan masing-masing. Jika anda menganggap diri anda lebih dari yang anda mampu, apabila terjadi perkara yang buruk rakan seperjalanan anda akan mengharapkan bantuan anda dan anda tidak mampu memberikannya. Jika anda seorang yang baharu jadi akuilah. Jika anda sudah berpengalaman, biarkan mereka tahu. Kita harus membuat perjalanan sebaik yang mungkin dengan membiarkan rakan seperjalanan kita memahami kelebihan dan keterbatasan kita, sehingga saat hal buruk betul-betul terjadi, kita boleh memutuskan sesuatu dengan tepat dan cepat tanpa bergantung pada orang yang salah.
· Memahami keadaan cuaca dimana sungai-sungai yang mudah sekali terjadi banjir pada saat-saat tertentu. Ini sangat membahayakan bagi orang yang berkayak. Kita perlu merancang suatu perjalanan kayaking sudah seharusnya juga memperhitungkan masalah cuaca. Perbekalan dan logistik yang kita bawa untuk keselesaan perjalanan juga perlu disesuaikan dengan keadaan cuaca. Pastikan anda mencatat keadaan cuaca pada saat perjalanan kayaking anda agar terhindar dari hal-hal yang tidak diinginkan. Jika terpaksa melakukan perjalanan pada musim yang berbahaya, alat komunikasi yang tahan air sangat penting untuk disertakan dalam daftar perbekalan yang akan anda bawa.
· Fahami keadaan arus sungai. Jangan mengharungi arus sungai yang melampaui kemampuan anda dan kayak yang anda gunakan. Arus yang belum anda fahami bukanlah tempat untuk menguji kemampuan anda, juga bukan tempat yang baik untuk mendapatkan pujian. Setiap jeram dan arus sungai mempunyai tentangan dan tingkat bahaya yang berbezda-beza. Bahkan kayaker yang sudah berpengalaman perlu penyesuaian dengan arus sungai sebelum memutuskan untuk berkayak. Jika anda belum mengenali sungai yang anda jelajahi dengan baik, scouting (pengamatan) adalah hal paling bijaksana yang harus anda lakukan. Fikirkan beberapa kemungkinan jika keadaan darurat terjadi. Jika kayak yang anda gunakan atau skill anda tidak memungkinkan untuk mengharunginya, portaging adalah pilihan yang paling baik. Angkat kayak anda dan berjalanlah menyusuri tepi sungai untuk menghindari ‘danger spot’ dan mulailah berkayak di luar kawasan berbahaya tersebut.
· Fahami keadaan air sungai. Biasanya setelah hujan lebat, air sungai meningkat, menciptakan jeram-jeram tak terduga, bahkan juga membawa berbagai material pada alirannya. Batu-batuan, batang pokok, bahkan sampah terbawa arus dengan mudahnya. Material-material seperti ini sering mengakibatkan kecelakaan. Material bawaan seperti ini boleh di bezakan menjadi tiga; mengapung di permukaan, bergerak dibawah permukaan, dan terhenti di dasar sungai. Material yang bergerak dibawah permukaan atau yang tersangkut didasar sungai sangat berbahaya.
· Jangan berkayak sendirian. Berkayak sendiri tanpa teman sangat tidak disarankan. Terutama jika anda termasuk golongan baru dan belum mengenali sungai tempat anda berkayak dengan baik. Berbagai kemungkinan boleh terjadi selama perjalanan, dan sangat mungkin anda akan memerlukan seseorang, terutama dalam keadaan darurat dan tendesak.
· Berpakaianlah dengan betul, disesuaikan dengan keadaan cuaca dan keadaan sekitar sungai. Pakaian dengan lengan panjang sangat disarankan terutama jika anda melakukan perjalanan di hari siang. Pakailah pakaian dengan bahan yang mudah kering. Dalam trek panjang, jika anda tetap untuk mendayung di hari malam, pakailah pakaian. Pada tengahhari, pakailah topi yang lebar untuk melindungi kepala, tengkuk, mata dan telinga anda dari matahari.
· Pakailah kaca mata kerana mungkin memerlukan tali untuk kaca mata anda. Hal ini sangat penting supaya anda tidak kehilangan kaca mata pada saat anda terguling ke dalam air. Kaca mata pelindung matahari sangat disarankan terutama bagi anda yang sensitif terhadap sinaran matahari. Pastikan kaca mata anda boleh menjaga mata daripada sinaran ultra violet.
· Jangan lupa memakai kasut saat berkayak. Kasut yang ringan atau yang bertali sangat disarankan untuk kegiatan ini. Anda mungkin harus beberapa kali menjejakkan kaki di dasar sungai, dan anda mungkin tidak menduga apa yang ada disana. Permukaan tanah di sekitar sungai yang berbatu juga boleh menjadi hal yang berbahaya bagi kaki anda. Perjalanan anda tidak akan bagus jika anda melakukannya dengan kaki yang terluka.
· Bawa air minuman. Meskipun kita berkegiatan di atas air, namun cuaca panas boleh menyebabkan masalah yang serius. Boleh menyebabkan anda kehilangan kemampuan untuk mengawal akal sihat anda. Bawalah air minuman yang cukup untuk perjalanan anda.
· Jika terlempar dari kayak. Bersiaplah untuk terlempar dari kayak anda jika anda suka menjelajahi jeram. Jangan panik jika anda terlempar. Anda pasti terapung kerana anda sudah memakai jaket keselamatan. Usahakan tetap memegang kayak dan tolak ke arus yang lebih tenang. Anda sebaiknya tetap berada di belakang kayak dan berpegangan. Segeralah berenang ke pinggir sungai untuk memeriksa kerosakan .
· Jika kayak anda terbalik. Jangan panik. Pertama pastikan anda berada di perairan yang aman, tidak ada material sungai yang membahayakan di sekeliling anda. Tetap berada dekat kayak, kecuali kayak anda tersepit pada material sungai yang berbahaya bagi keselamatan anda. Jika anda boleh berpegang pada kayak, anda boleh menolaknya ke sisi yang lebih tenang. Terapunglah dengan life jacket menghadap ke atas dengan kaki menghadap ke arah hilir. Sebaiknya pelajari cara membalikkan kayak anda di dalam air sebelum anda memutuskan untuk memulai suatu perjalanan.
4.4 Isyarat Dan Komunikasi
1. Berhenti
o Untuk mengarah semua pendayung berhenti.
o Kedua-dua tangan memegang pendayung secara melintang.
o Dayung diangkat melepasi separas kepala.
2. Berakit / Rafting
o Untuk mengumpulkan kesemua pendayung.
o Pendayung diangkat tegak ke atas.
o Mata dayung berada di udara, selari dengan arah bow kayak.
3. Arah Pergerakan
o Untuk semua kayak bergerak ke kiri, pendayung diletakkan secara melintang disebelah kiri.
o Untuk ke kanan, pendayung digerakkan ke kanan
4. Kecemasan
o Untuk menarik perhatian bagi mendapatkan bantuan kecemasan.
o Pendayung diangkatkan tegak ke atas dan dilambaikan ke kiri dan kanan kayak.
5. Call Off
o Untuk memanggil semua kayak pulang ke pangkalan kerana kecemasan.
o Pendayung diangkatkan tegak ke atas dan digerakkan ke hadapan dan ke belakang.
4.5 Isyarat Menggunakan Pendayung
Gambar rajah 4.5.2 Isyarat kecemasan
Gambar rajah 4.5.4 Isyarat call off
Gambar rajah 4.5.5 Isyarat arah pergerakan
5.0 TEKNIK DAN ASAS BERKAYAK
5.1 Teknik Mengangkat Kayak
Semasa hendak mengangkat kayak, pastikan badan membengkokkan lutut dan menggunakan kekuatan kaki untuk membolehkan kayak ke atas. Jangan sesekali menggunakan kekuatan pinggang semata-mata kerana ia boleh mendatangkan kecederaan kepada diri sendiri. Terdapat tiga jenis teknik mengangkat kayak dengan betul antaranya ialah:-
· Pikulan di bahu berseorangan yang sesuai untuk kayak ringan atau kayak solo.
- Caranya ialah dengan bahagian tengah cockpit diletakkan pada bahu yang dominan bagi mengekalkan keseimbangan kayak dan tangan yang dominan memegang hujung cockpit.
· Kelekan di pinggan berpasangan yang memerlukan 2 orang untuk mengangkat kayak yang berat ataupun kayak berpasangan untuk jarak yang dekat.
- Pengangkat mestilah berada di bahagian bow dan stern serta berlawanan arah. Kemudian, tangan pengangkat memegang bahagian bow dan stern atau toogle dengan kemas. Kayak diinjak ke atas dan dikepitkan di pinggang.
· Pikulan di bahu berpasangan untuk jarak yang jauh.
- Kaedah yang sama dengan kelekan di pinggang. Kedudukan pengangkat mestilah selari/sama arah bagi membolehkan komunikasi dan bagi mengelakkan kecederaan sekiranya kayak terjatuh.
5.2 Teknik Masuk ke dalam Kayak
Teknik memasuki kayak adalah berbeza-beza mengikut situasi kawasan aktiviti. Bagi peserta baru, ia adalah masalah utama kerana amat sukar bagi mereka menyelaraskan pusat graviti badan semasa masuk ke dalam kayak. Oleh itu, kerap kali mereka akan terbalik sebelum masuk ke dalam kayak. Terdapat 4 cara masuk yang betul mengikut situasi semasa berada dalam keadaan berikut :-
· Kawasan pantai.
· Letakkan bahagian hadapan kayak di gigi air dan bahagian belakang di atas pasir dan masuk ke dalam kayak kemudian lutut menyangga knee brace dan hujung kaki menekan footrest bagi meningkatkan daya imbangan kayak. Seterusnya lancarkan kayak ke air dengan kedua-dua tangan menolak pasir hingga keseluruhan kayak berada di air.
· Kawasan air cetek/ separas lutut.
· Letakkan kayak di atas air dan tangan dominan memegang pendayung dan diletakkan di sisi kayak. Kemudian, tangan yang memegang pendayung diletakkan di bahagian luar cockpit dan angkat kaki yang paling hampir dengan kayak ke dalam cockpit dan luruskan kaki dan pada masa yang sama sebelah lagi tangan memegang cockpit. Seterusnya, letakkan punggung pada tempat duduk, pastikan imbangan yang stabil dan angkat sedikit punggung dan masukkan ke dalam kayak dengan segera. Akhir sekali, angkat semula punggung dan masukkan sebelah lagi kaki ke dalam cockpit.
· Kawasan air dalam.
· Letakkan pendayung ke dalam cockpit dan pegang bahagian stern dengan kedua-dua tangan. Kemudian, lonjakkan bahagian abdominal badan ke bahagian stern dan kangkangkan kaki sehingga kedua-dua kaki mengepit bahagian stern dan meniarap di atas bahagian aftdeck. Seterusnya, capai cockpit dengan kedua-dua tangan dan tarik badan ke arahnya. Selepas itu, keluarkan pendayung dan pegang dengan sebelah tangan dan masukkan segera punggung ke dalam cockpit manakala kedua-dua kaki masih lagi di luar menghala ke hadapan kayak. Akhir sekali, kekalkan keseimbangan dan bawa kedua-dua kaki masuk ke dalam cockpit.
· Berpasangan juga mempunyai cara untuk masuk kedalam kayak.
· Caranya ialah dengan sternman memegang kayak dan mengimbanginya. Seterusnya, pendayung diletakkan di bahagian cockpit belakang dan bowman masuk dulu. Kemudian, bowman keluarkan pendayung dari cockpit dan bertugas mengimbangi kayak pula. Akhir sekali, sternman melancarkan kayak dan masuk ke dalam kayak.
5.3 Teknik Duduk di dalam Kayak
Teknik ini terbahagi kepada 5 bahagian yang perlu anda mengambil perhatian. Yang pertama, ialah, bahagian tempat duduk, yang mana bahagian punggung seharusnya berada di atas bahagian tengah tempat duduk dan pastikan tempat duduk sesuai dengan saiz punggung bagi mengelakkan ketidakseimbangan kayak.
Bahagian yang kedua pula ialah lutut. Keadaan ini perlulah duduk dalam keadaan menyangga lutut pada knee brace. Cara ini dapat mengekalkan keseimbangan dan mengelakkan pendayung terkeluar dengan mudah dari kayak sekiranya terbalik.
Yang ketiga pula ialah, bahagian hujung kaki yang mana, bahagian tengah tapak kaki harus diletakkan pada footrest untuk mendapatkan daya sokongan dari setiap bahagian badan semasa mendayung dan mengelakkan badan menggelungsur ke hadapan apabila kayak terhentak dengan kuat.
Seterusnya, kedudukan badan. Badan harus tegak seperti duduk di atas kerusi dan pastikan kedudukan akan membolehkan bergerak dengan selesa ke hadapan, belakang, sisi dan memusing tanpa hilangan imbangan. Jangan sesekali sandar ke bahagian cockpit bagi mengelakkan kurang daya kawalan dan imbangan,dan ianya juga membahayakan postur badan dan mencederakan lower back.
Bahagian yang terakhir ialah bahagian mata/kedudukan kepala. Ia perlulah sentiasa memandang ke arah yang dituju untuk mengelakkan haluan kayak tersasar. Selepas sesesai semua aktiviti, perlulah keluar dari kayak dan undurkan kayak sehingga menghampiri tebing, jeti ataupun pantai. Pastikan bahagian stern menghadap ke darat. Setelah itu, pegang cockpit dengan kedua-dua tangan. Keluarkan sebelah kaki sehingga mencecah dasar pasir. Angkat punggung dan hulurkan sebelah lagi kaki keluar dan terus berdiri tegak dan pastikan kestabilan kayak dalam keadaan yang seimbang. Semasa keluar di jeti, gunakan pendayung untuk mengimbangi kayak.
5.4 Memasang Penutup Cockpit (Spraycover)
Spraycover juga dikenali sebagai penutup cockpit ataupun spraydeck. Yang mana spraycover ini merupakan ruangan yang terletak di tengah-tengah kayak dan di antara foredeck dan aftdeck. Ia merupakan kawasan yang mana pendayung duduk di dalamnya. Bahagian depan dan belakang kayak boleh ditentukan dengan melihat kepada bahagian cockpit. Bahagian hadapannya dilihat berbentuk lebih kecil berbanding bahagian belakang dan tempat duduk kayak selalunya hampir dengan bahagian belakang cockpit. Cara pemasangan spraycover boleh merujuk kepada 3 kaedah;
Mengorientasikan penutup cockpit atau spraycover di bahagian belakang yang selari dengan pelak cockpit.
Pastikan anda melakukan sedikit goyangan untuk memanpatkan bahagian spraycover tersebut.
Kemudian, teruskan semuanya sendiri untuk memastikan bahagian spraycover itu bersentuhan dengan bahagian cockpit.
5.5 Teknik Keluar dari Kayak
1) Undurkan kayak sehingga menghampiri tebing,jeti ataupun pantai. Pastikan bahagian stern menghadap ke darat.
2) Pegang cockpit dengan kedua-dua tangan anda.Keluarkan sebelah kaki sehingga mencecah dasar pasir.Angkat punggung dan hulurkan sebelah lagi kaki anda keluar.
3) Berdiri tegak dan pastikan kestabilan kayak.Semasa keluar di jeti, gunakan pendayung untuk mengimbangi kayak.
Latihan terbalik.
Teknik untuk keluar dari kayak apabila terbalik.
1. Duduk dalam kayak dengan teknik yang betul. Letakkan kedua-dua tangan di sisi kayak dan pegang bahagian hull, port dan starboard kayak.
2. Terbalikkan kayak, tepuk bahagian hull sebanyak 3 kali, lucutkan spray cover dari coaming.
3. Bengkokkan badan ke hadapan, luruskan kedua-dua kaki, pegang cockpit dengan kedua-dua belah tangan, tolak bahagian punggung dan kaki anda keluar (seperti perlakuan melucut seluar).
5.6 Teknik Mengeluarkan Air dari Kayak
1. Berpasangan
i. Biarkan kayak terbalik. Pegang bow dan stern bersama-sama.
ii. Sekiranya terlalu banyak air dalam kayak jangan terus angkat kerana terlalu berat.
iii. Sendengkan kayak ke kiri dan angkat perlahan-lahan. Air akan keluar sedikit demi sedikit dan akan meringankan beban.
iv. Terbalikkan semula kayak dan buat pergerakan jongkang-jongkit. Lakukan berulang kali sehingga semua air keluar.
2. Menggunakan Tebing (Berseorangan)
i. Letakkan hujung bow kayak di atas tebing, anda berada di dalam air. Terbalikkan kayak.
ii. Angkat bahagian stern yang anda pegang dan lakukan teknik jongkang-jongket.
3. Menggunakan Permukaan Laut (Berseorangan)
i. Letakkan kayak dalam posisi normal di atas permukaan air. Tekan bahagian stern sehingga semua air berkumpul di bahagiannya.
ii. Dengan cepat, terbalikkan kayak dan angkat bahagian stern.
4. Menggunakan Pinggang
i. Sesuai bagi membuang air yang sedikit di dalam kayak solo.
ii. Buat pergerakan yang sama seperti mengangkat kayak solo ke bahu. Letakkan bahagian tengah cockpit di belakang badan anda.
iii. Sentiasa bengkokkan lutut bagi mengelakkan kecederaan. Lakukan teknik jongkang-jongket sehingga semua air keluar.
5. Sideways Berpasangan
i. Bagi membuang air yang terlalu banyak dari dalam kayak.
ii. Secara berpasangan, sendengkan kayak anda ke sisi. Biarkan air keluar dari kayak.
iii. Terbalikkan kayak, buat pergerakan jongkang-jongket bagi mengeluarkan semua air.
6.0 TEKNIK ASAS DAYUNGAN
Sebelum mula mendayung, terlebih dahulu mestilah tahu memegang dayung dengan cara yang betul.
o Ketika memegang batang dayung, hendaklah dengan kedua-dua belah tangan. Pegangan ini janganlah terlalu ketat kerana ini akan menyukarkan batang dayung untuk digerak-gerakkan ketika mendayung.
o Posisi kedua belah tangan yang memegang dayung hendaklah sedikit keluar dari bahagian bahu.
o Posisi badan anda hendaklah di bawa ke belakang seberapa yang boleh supaya bahagian belakang anda dapat bersandar pada kayak. Sementara itu, bahu anda mestilah di dalam keadaan yang selesa (relaxed).
o Apabila berdayung, kedudukan papan dayung (blades) mestilah keseluruhannya berada di dalam air. Dayungan (stroke) mestilah seberapa panjang yang boleh supaya kelajuan maksima kayak diperolehi. Kadar dayungan ialah antara 45-50 dayungan bagi seminit.
o Berdayung akan menyebabkan otot-otot berasa letih dan sakit-sakit. Oleh itu, janganlah berkali-kali memaksa otot anda bekerja lebih dari kemampuannya kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan jangka panjang, selalulah berehat sewaktu berdayung. Beberapa pegangan pada batang dayung hendaklah dicuba dan diubah-diubah dari satu pegangan ke satu pegangan yang lain supaya otot-otot boleh direhatkan.
o Jangan sekali-kali berdayung dengan menggunakan kedua-dua belah tangan sekaligus. Ketika sedang berdayung, elakkan dari perbuatan memukul air.
6.1 Menentukan Saiz Pendayung (Paddle) yang Sesuai
Saiz Pendayung yang sesuai
v Mestilah sesuai dengan ketinggian.
v Berdiri tegak, letakkan pendayung secara menegak di atas permukaan tanah.
v Tegakkan tangan ke udara. Hujung jari mestilah dapat menggenggam mata dayung yang berada di atas.
Pendayung terbahagi kepada 2: bagi individu bertangan kanan sebagai dominan dan bagi individu kidal.
v Tegakkan pendayung di permukaan tanah, permukaannya menghadap ke arah kaki anda.
v Perhatikan arah permukaan dayung yang berada di atas.
v Permukaan dayung yang menghadap ke kiri menandakan pendayung itu khas buat yang kidal dan begitu sebaliknya.
Teknik Memegang Pendayung
v Bagi menentukan prestasi dayungan:
v Tegakkan tangan dan angkat pendayung ke atas kepala.
v Bengkokkan siku dan letakkan pendayung di atas kepala.
v Paskan lengan separas bahu dan tangan ke atas dalam kedudukan 90’
v Bawa pendayung ke hadapan. Paskan jarak kedua-dua tangan dengan bahagian neck sama panjang.
Teknik Kawalan Pergerakan Mata Dayung
v Hanya terhadap pendayung yang menggunakan teknik feathering yang mana kedua-dua mata dayung berbeza darjah kedudukannya.
v Teknik kawalan yang dinamakan teknik putaran.
v Khusus untuk kedua-dua mata dayung mengaut air sebanyak mungkin. Jika tidak, hanya sebelah mata dayung akan mengaut air manakala sebelah lagi hanya memotong air.
v Tangan yang dominan hendak sebagai putaran batang dayung. Sebelah lagi memegang batang dayung dengan longgar dan membenarkan putaran berlaku.
6.2 Teknik Dayungan Asas
a. Dayungan ke Hadapan (Foward Stroke)
§ Firming
Badan bengkok sikit ke hadapan, torso kanan digerakkan ke hadapan, jangkau mata dayung ke hadapan sejauh yang boleh. Tangan kiri dibengkokkan separas bahu.
§ Catch
Jangkau sejauh mungkin dan benamkan mata dayung dalam air.
§ Pull / Draw / Power
Gerakkan torso kanan ke belakang dan kanan tarik mata dayung belakang. Tarik pendayung sampai ke sisi pinggang.
§ Exit
Keluarkan mata dayung dari air, pergelangan tangan kanan putar batang pendayung ke atas agar menghadap air. Masukkan pula mata dayung kiri ke dalam air. Tolak air.
b. Dayungan Mengundur (Backward Stroke)
§ Catch
Pusingkan torso kanan ke arah stern. Jangkau sejauh mungkin dan benamkan mata dayung dalam air.
§ Push And Exit
Tolak mata dayung ke hadapan bahagian kiri dan kanan secara berulang kali.
§ Berhenti
Kayak yang bergerak ke hadapan: dayungan mengundur yang pantas atau jika kayak yang bergerak ke belakang: dayungan hadapan yang pantas.
c. Dayungan Sapuan Hadapan (Forward Sweep Stroke)
Untuk memusingkan dan membetulkan haluan kayak yang tersasar
§ Catch
Tangan kiri pegang neck dan kanan pegang tengah-tengah batang dayung. Tangan kanan jangkau ke depan sampai mata dayung bersebelahan bow.
§ Pull
Benamkan mata dayung dalam air. Tarik mata dayung ke belakang.
§ Sweep
Tangan kanan lurus menarik pendayung sehingga stern. Tangan kiri tolak batang pendayung hingga sebelah kanan kayak.
§ Exit
Keluarkan mata dayung dari air apabila menghampiri bahagian stern.Ulang teknik.
d. Dayungan Sapuan ke Beakang (Reverse Sweep Stroke)
Berlawanan kaedah teknik dayungan ke hadapan. Pendayung didayung dari bahagian stern ke hadapan bow; tak perlu tukar arah mata dayung.
e. Gabungan Dayungan Sapuan (Alteranate Sweeps Stroke Combination
Gabungan teknik dayungan sapuan ke hadapan dan ke belakang, dilakukan berselang-seli.
f. Dayungan Sisi (Sideways Stoke / Draw Stroke)
Menggerakkan kayak ke sisi dengan mudah-mudah merapatkan kayak ke tebing / jeti atau rafting.
§ Potong
Tegakkan pendayung di sisi starboard; tangan kiri berada di atas separas dahi. Tangan kanan lurus melintang jauh dari kayak, selari pinggang.
§ Twist
Permukaan mata dayung menghadap starboard kayak.
§ Tarik
Mata dayung ke dalam air, tangan kanan tarik mata dayung rapat ke kayak. Pusingkan mata dayung 90° untuk potong air.
§ Twist
Pusingkan semula badan 45° dan permukaan dayung menghadap sisi kayak. Lakukan dayungan sisi buat kali kedua.
g. Teknik Imbangan (Recovery Stroke)
i Teknik Kawalan Imbangan Rendah (Slap For Support Low Recovery).
Hanya belakang permukaan dayung menepuk air. Pendayung berkedudukan melintang separas pinggang.
ii Teknik Kawalan Imbangan Tinggi (Slap For Support High Recovery).
Pendayung berkedudukan melintang tinggi separas dada pendayung. Jika kayak hilang keseimbangan di bahagian starboard, jangkau tangan kanan jauh sikit dari kayak. Tampar permukaan air dengan kuat menggunakan belakang pendayung, lentikkan bahagian belakang anda ke sebelah kiri dengan segera.
iii Rocking
Uji daya imbangan. Duduk dalam kayak dengan sanggaan kaki yang kemas. Goyangkan badan ke kiri dan kanan bagi membiasakan diri dengan kocakan air semasa mendayung.
iv Berakit
Pendayung merapatkan kayak. Semua pendayung memegang cockpit kayak yang bersebelahan dengannya.
7.0 TEKNIK MENYELAMAT DI AIR
7.1 Teknik Menyelamat di Air (Kayak)
Banyak kaedah menyelamat yang boleh digunakan semasa aktiviti berkayak. Ia bergantung kepada situasi sewaktu kecemasan berlaku. Kali ni saya akan ceritakan berkenaan 4 jenis teknik menyelamat yang telah saya pelajari iaitu ; X rescue, Sideways rescue, H rescue dan HI rescue.
i. X rescue
Teknik menyelamat ini dilakukan apabila anda telah terkeluar sepenuhnya daripada kayak atau kayak telah dimasuki air dengan banyak. Fungsi utama teknik menyelamat ini ialah untuk mengeluarkan semua air yang masuk ke dalam kayak dan membantu mangsa masuk ke dalam kayak semula.
· Apabila kayak terbalik, keluar dan lambaikan pendayung ke udara. Rakan yang terhampir akan datang membantu.
· Pegang mana-mana bahagian hujung kayak dan berenang ke arah kayak penyelamat dan serahkan pendayung kepada penyelamat.
· Tarik hujung ke atas bahagian geladak hadapan kayak penyelamat. Kemuadian, penyelamat akan membantu menarik kayak ke atas bahagian geladak hadapannya sehingga bahagian tengah cockpit kayak anda berada di atas geladak hadapannya.
· Perlu berenang ke arah hujung kayak anda yang menghala ke atas dan pegang hujung kayak itu dan tekannya ke bawah. Secara automatik, air di dalam kayak anda akan keluar dengan segera.
· Tindakan anda tadi seharusnya dibantu oleh penyelamat yang sama-sama membuat pergerakan jongkang-jongket pada kayak anda.
· Apabila semua air telah dikeluarkan, penyelamat akan terbalikkan semula kayak anda ke keadaannya yang asal.
· Selepeas itu, beliau akan meluncurkannya ke air dan memegang kayak anda di sisi kayaknya. Pastikan kedudukan kayak anda menghadap kayaknya bagi memudahkan beliau membantu anda memasuki kayak semula.
· Anda harus masuk di antara kedua-dua buah kayak dan tekannya ke bawah.
· Lonjakkan punggung dan kaki anda ke atas dengan segera. Masukkan kaki anda ke dalam cockpit diikuti bahagian pinggang dan kemudiannya keseluruhan badan anda.
· Kemaskan imbangan anda dan kini anda boleh kembali berdayung.
ii. Sideways rescue
Teknik ini dilakukan jika kayak yang ingin diselamatkan mengandungi terlalu banyak air, amat berat dan sukar untuk diselamatkan. Langkah yang perlu dilakukan ialah :
· Pastikan kayak mangsa diletakkan seiring dengan kayak penyelamat utama manakala sebuah lagi kayak penyelamat bertindak sebagai pengimbang
· Sendengkan kayak mangsa ke sisi, pegang bahagian cockpit dengan kedua-dua tangan dan angkat kayak ke atas perlahan-lahan. Air akan keluar sedikit demi sedikit dari kayak mangsa.
· Apabila air dalam kayak berkurangan, lakukan teknik X rescue.
iii. H rescue
Teknik ini dinamakan H rescue kerana formasi menyelamatnya yang sama dengan bentuk 'H'.
· Dua buah kayak penyelamat berada berhampiran. Setiap penyelamat memegang hujung kayak mangsa.
· Buat pergerakan jongkang-jongket dilakukan bagi mengeluarkan air di dalam kayak.
· Kayak diterbalikkan semula ke kedudukan asalnya. kedua-dua kayak penyelamat menghimpit kayak mangsa di tengah-tengah.
· Ini bertujuan membantu keseimbangan kepada mangsa sewaktu proses menaiki semula kayaknya.
iv. HI rescue
· Pastikan kayak mangsa berada di tengah-tengah kayak penyelamat seterusya, lintangkan pendayung di atas cockpit di antara dua buah kayak penyelamat.
· Tarik kayak mangsa ke atas pendayung yang dilintangkan. Pastikan bahagian cockpit kayak mangsa berada di atas pendayung.
· Buat pergerakan jongkang-jongket untuk mengeluarkan air dari dalam kayak.
· Penyelamat akan mengangkat kayak dan meluncurkannya semula ke dalam air.
· Penyelamat akan membantu mangsa menaiki semula kayaknya.
· Teknik ini kurang sesuai diaplikasikan kerana kayak mangsa yang berat boleh menyebabkan pendayung patah.
7.0 TEKNIK MENYELAMAT DI AIR
7.1 Teknik Menyelamat di Air (Kayak)
Banyak kaedah menyelamat yang boleh digunakan semasa aktiviti berkayak. Ia bergantung kepada situasi sewaktu kecemasan berlaku. Kali ni saya akan ceritakan berkenaan 4 jenis teknik menyelamat yang telah saya pelajari iaitu ; X rescue, Sideways rescue, H rescue dan HI rescue.
i. X rescue
Teknik menyelamat ini dilakukan apabila anda telah terkeluar sepenuhnya daripada kayak atau kayak telah dimasuki air dengan banyak. Fungsi utama teknik menyelamat ini ialah untuk mengeluarkan semua air yang masuk ke dalam kayak dan membantu mangsa masuk ke dalam kayak semula.
· Apabila kayak terbalik, keluar dan lambaikan pendayung ke udara. Rakan yang terhampir akan datang membantu.
· Pegang mana-mana bahagian hujung kayak dan berenang ke arah kayak penyelamat dan serahkan pendayung kepada penyelamat.
· Tarik hujung ke atas bahagian geladak hadapan kayak penyelamat. Kemuadian, penyelamat akan membantu menarik kayak ke atas bahagian geladak hadapannya sehingga bahagian tengah cockpit kayak anda berada di atas geladak hadapannya.
· Perlu berenang ke arah hujung kayak anda yang menghala ke atas dan pegang hujung kayak itu dan tekannya ke bawah. Secara automatik, air di dalam kayak anda akan keluar dengan segera.
· Tindakan anda tadi seharusnya dibantu oleh penyelamat yang sama-sama membuat pergerakan jongkang-jongket pada kayak anda.
· Apabila semua air telah dikeluarkan, penyelamat akan terbalikkan semula kayak anda ke keadaannya yang asal.
· Selepeas itu, beliau akan meluncurkannya ke air dan memegang kayak anda di sisi kayaknya. Pastikan kedudukan kayak anda menghadap kayaknya bagi memudahkan beliau membantu anda memasuki kayak semula.
· Anda harus masuk di antara kedua-dua buah kayak dan tekannya ke bawah.
· Lonjakkan punggung dan kaki anda ke atas dengan segera. Masukkan kaki anda ke dalam cockpit diikuti bahagian pinggang dan kemudiannya keseluruhan badan anda.
· Kemaskan imbangan anda dan kini anda boleh kembali berdayung.
ii. Sideways rescue
Teknik ini dilakukan jika kayak yang ingin diselamatkan mengandungi terlalu banyak air, amat berat dan sukar untuk diselamatkan. Langkah yang perlu dilakukan ialah :
· Pastikan kayak mangsa diletakkan seiring dengan kayak penyelamat utama manakala sebuah lagi kayak penyelamat bertindak sebagai pengimbang
· Sendengkan kayak mangsa ke sisi, pegang bahagian cockpit dengan kedua-dua tangan dan angkat kayak ke atas perlahan-lahan. Air akan keluar sedikit demi sedikit dari kayak mangsa.
· Apabila air dalam kayak berkurangan, lakukan teknik X rescue.
iii. H rescue
Teknik ini dinamakan H rescue kerana formasi menyelamatnya yang sama dengan bentuk 'H'.
· Dua buah kayak penyelamat berada berhampiran. Setiap penyelamat memegang hujung kayak mangsa.
· Buat pergerakan jongkang-jongket dilakukan bagi mengeluarkan air di dalam kayak.
· Kayak diterbalikkan semula ke kedudukan asalnya. kedua-dua kayak penyelamat menghimpit kayak mangsa di tengah-tengah.
· Ini bertujuan membantu keseimbangan kepada mangsa sewaktu proses menaiki semula kayaknya.
iv. HI rescue
· Pastikan kayak mangsa berada di tengah-tengah kayak penyelamat seterusya, lintangkan pendayung di atas cockpit di antara dua buah kayak penyelamat.
· Tarik kayak mangsa ke atas pendayung yang dilintangkan. Pastikan bahagian cockpit kayak mangsa berada di atas pendayung.
· Buat pergerakan jongkang-jongket untuk mengeluarkan air dari dalam kayak.
· Penyelamat akan mengangkat kayak dan meluncurkannya semula ke dalam air.
· Penyelamat akan membantu mangsa menaiki semula kayaknya.
· Teknik ini kurang sesuai diaplikasikan kerana kayak mangsa yang berat boleh menyebabkan pendayung patah.
8.0 DISIPLIN KEPELBAGAIAN AKTIVITI KAYAK
8.1 Disiplin Kayak: Kayak Perlumbaan Pecut / Canoe Sprint Racing
Canoe sprint dilakukan sama ada bot kano atau bot kayak dengan beberapa pesaing yang berlainan di dalam merentasi pelbagai jarak. Bot kayak di gerakkan melalui air menggunakan kaki mereka untuk mengarahkan bot melalui kemudi. Paddles yang digunakan untuk bot sprint kayak biasanya dibina dengan bahan serat karbon.
8.2 Disiplin Kayak: Slalom
Disiplin slalom bererti pendayung akan berusaha menyelesaikan lintasan berarus kuat dan harus memenuhi sejumlah pensyaratan dalam lintasan akan terdapat sejumlah gerbang yang berwarna merah atau hijau. Gerbang merah harus dimasuki dengan cara memutar sedangkan gerbang hijau harus di lewati lurus.
8.3 Disiplin Kayak: Kayak Arus Deras / Wildwater
Kayak arus deras merupakan aktiviti kayak ekstreme yang lazimnya dilakukan oleh mereka yang benar-benar mahir dalam mengendalikannya. Aktiviti ini sering kali dijalankan di kawasan sungai-sungai yang berjeram. Sebagai persiapan aktiviti ini beberapa alatan yang serba lengkap perlu digunakan dan beberapa alatan sampingan yang lain yang dirasakan perlu dalam sesuatu penganjuran kayak arus deras.
8.4 Disiplin Kayak: Kayak Polo / Canoe Polo
Polo menggabungkan kemahiran menunggang dan bola dan permainan pasukan hubungan di mana taktik dan permainan berpengaruh sama pentingnya dengan kelajuan dan kecergasan para atlet individu.
9.0 PENGENALAN ORIENTEERING
9.1 Pendahuluan
Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan di antara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.
9.2 Sejarah Perkembangan Orienteering Global
Orienteering mula diperkenaklan di Sweden pada tahun 1918 di kalangan tentera dan kemudiannya Major Killander mempopularkan sukan orienteering kepada orang awam. Pada tahun 1961, Persekutuan Orienteering Antarabangsa (International Orienteering Federation – IOF) ditubuhkan di Copenhagen dengan keahlian 10 buah negara – Bulgaria, Cezcholovakia, Denmark, Finland, Hungary, Jerman Barat, Jerman Timur, Norway, Sweden dan Switzerland.
9.3 Sejarah Perkembangan Orienteering Moden
Orienteering sudah berkembang menjadi berbagai format, dari mulai bentuk tradisional seperti perlombaan di dalam hutan, hingga orienteering di dalam kota. Ada pun empat cabang yang dikenal dalam olahraga ini di antaranya ada foot orienteering, trail orienteering, mountain bike orienteering, hingga ski orienteering.
9.4 Perkembangan Orienteering di Malaysia
Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh En. Wan Sabri Wan Mansor (Dr), Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air Hitam, UPM pada tahun 1983. Penubuhan Persatuan Orienteering Pulau Pinang (POA) dalam tahun 1983. Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor & Wil. Persekutuan (WOA) pada tahun 1986. Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia (MOOC) yang pertama telah diadakan dalam tahun 1988. Malaysia bergabung dengan IOF dalam tahun 1992 melalui WOA. Penubuhan Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) dalam tahun 1994. Penubuhan 5 buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan dalam tahun 1996. MOA Caw. Pulau Pinang dan MOA Caw. Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.
9.5 Jenis-Jenis Orienteering
1. Orienteering Merentas Desa (Cross Country Orienteering)
Pada umumnya, apabila disebut orienteering, ia dirujuk kepada orienteering jenis ini – orienteering merentas desa. Ia juga dikenali sebagai acara klasik. Di dalam acara ini, peserta adalah dimestikan melawat kesemua titik-titik kawalan menurut aturan yang telah ditetapkan. Sekiranya peserta tidak melawat salah satu titik kawalan tersebut. Penyertaannya dikira batal. Orienteering ini biasanya dijalankan dikawasan rupa bumi yang pelbagai. Format ini lebih sesuai untuk pertandingan kerana kesemua peserta umumnya akan menghadapi cabaran yang hampir sama.
2. Orienteering Bermarkah (Score orienteering)
Di dalam acara jenis orienteering bermarkah, banyak titik-titik kawalan disediakan di mana setiap titik kawalan mempunyai mata yang tertentu bergantung kepada jarak dan kesukaran teknikal. Peserta adalah bebas untuk memilih mana-mana titik kawalan untuk dilawati. Walau bagai mana pun masa adalah dihadkan dan biasanya 60 minit. Peserta yang melebihi dari had masa yang ditetapkan akan dikenakan penelti dan bentuk penelti bergantung kepada penganjur.Matlamat acara orienteering bermarkah ini adalah untuk mengumpul mata yang banyak dengan melawati seberapa banyak kawalan yang boleh di dalam masa yang dihadkan. Format ini adalah sesuai untuk peserta-peserta baru kerana penyertaan mereka tidak terbatal jika tidak melawat salah satu titik kawalan. Walau bagai mana pun acara ini nampaknya agak mudah tetapi peserta perlu merancang dan meneliti landasannya sendiri dalam keadaan masa yang terhad.
3. Orienteering Jalan raya (Street orienteering)
Walaupun dikenali sebagai orienteering jalanraya tetapi ianya tidaklah dilakukan di jalan raya yang sibuk. Acara ini dijalankan dikawasan perumahan. Penanda kawalan biasanya tidak digunakan sebaliknya peserta perlu mencatit butiran atau maklumat yang terdapat di sesuatu titik kawalan seperti nombor pili bomba dan sebagainya.
4. Orienteering Bukit (Mountain orienteering)
Orienteering ini dijalankan dikawasan berbukit-bukit di samping jarak yang agak jauh. Terdapat juga di mana acara ini dijalankan melebihi dari satu hari dan di dalam keadaan ini peserta perlu membawa bersama-sama peralatan bermalam. Format ini memerlukan peserta yang berpengalaman dan tahap fizikal yang agak tinggi memandangkan landasan acara ini yang mencabar serta memerlukan navigasi dan daya keyakinan yang mantap.
5. Orienteering Malam (Night orienteering)
Orienteering malam dijalankan dikawasan terbuka seperti di taman-taman dengan jarak landasan yang pendek demi keselamatan para peserta serta masa yang terhad. Peserta perlu membawa lampu untuk membaca peta dan mencari penanda kawalan.
6. Orienteering Berganti-Ganti (Relay orienteering)
Acara ini dijalankan dengan penyertaan secara berpasukan, 3 atau 4 orang. Setiap ahli dalam pasukan akan menamatkan landasan beliau sebelum digantikan oleh rakan sepasukan di satu tempat penggantian yang telah ditetapkan. Setiap peserta di dalam sesuatu pasukan akan melalui landasan yang berbeza.
7. Norwegian Event
Acara ini adalah satu acara yang digunakan bagi menyediakan satu landasan yang panjang di dalam kawasan yang kecil ataupun di kawasan yang sempit. Tidak seperti acara lain, peserta bagi acara ini akan hanya diberi menyalin kedudukan titk permulaan dan titik kawalan pertama sahaja terlebih dahulu. Apabila tiba di titik kawalan pertama, peserta akan menyalin kedudukan titk kawalan yang kedua pula dari satu peta yang tersedia di situ. Proses ini akan terus dilakukan sehingga peserta tiba di titik penamat.
9.6 Kebaikan Sukan Orienteering
Ø Sukan untuk semua
Ø Meningkatkan kecergasan fizikal
Ø Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan
Ø Memberi cabaran & keseronokan
Ø Membina sikap positif & keyakinan diri
Ø Menggunakan persekitaran yang sihat
Ø Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas
Ø Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas
10.0 TERMINOLOGI DAN ALATAN ORIENTEERING
Titik Kawalan (Control Point)
Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati olehpeserta.
Biasanya merupakan ciri‐ciri mukabumi atau ciri‐ciri buatan manusia yang jelas.
Titik kawalan bukanlah “check‐point” kerana ia tiada penjaga dititik ini.
Penanda Kawalan (Control Marker)
Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod Kawalan.
Kad Kawalan (Control Card)
Setiap peserta perlu membawa bersama ‐sama kad kawalan ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.
Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak ‐ petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat.
Peta Utama (Master Map)
Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan.
Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.
Keterangan Kawalan (Control Description)
Keterangan asas sebagai panduan titik‐titik (control description) kawalan berkenaan.
Butir‐butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalambentuk kod/gambarajah.
Landasan (Course)
Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga kepenamat.
Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
Tanda yang berkenaan landasan adalah :‐
ü Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
ü Titik kawalan dengan tanda bulatan.
ü Titi penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
ü ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.
Kompas (Compass)
Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.
Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.
11.0 PETA
Peta ialah satu lukisan yang memberi gambaran bentuk muka bumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara. Peta juga adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan dan merupakan tanda landasan bagi aktiviti orienteering. Kebiasaannya peta mempunyai tajuk, kontor, empat skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.
11.1 Jenis-Jenis Peta
Peta terdapat beberapa jenis, antaranya ialah:-
i Peta topografi
Ia menunjukkan keadaan muka bumi sesebuah kawasan, selalunya menggunakan "garisan kontur" di dalam peta moden. Peta topografi mestilah mempunyai garisan lintang dan garisan bujur dan titik pertemuannya yang akan menghasilkan koordinat. Koordinat ialah titik persilangan antara garisan lintang dan bujur. Peta ini mempunyai piawaian yang kebiasanya menggunakan skala 1:50,000.
Gambar rajah 11.1.1 Peta topografi garisan kontur
Gambar rajah 11.1.2 Peta potografi terhad
ii Peta panduan jalanraya
Peta ini menunujukkan satu jalan besar atau main road yang menghubungkan satu kawasan dengan kawasan yang lain.
Gambar rajah 11.1.3 Peta jalan panduan jalan raya semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
iii Peta khusus
Peta ini hanya menampilkan sebagian permukaan bumi saja. Merupakan peta yang hanya menggambarkan satu tema saja, seperti peta yang dibuat khusus untuk menggambarkan kepadatan penduduk suatu negara, jenis iklim, persebaran jenis tanaman tertentu, data perubahan iklim, dan lain sebagainya.
Gambar rajah 11.1.4 Peta khusus yang menunjukkan persebaran jenis tanaman di sesuatu kawasan.
iv Atlas
Peta yang mempunyai ciri-ciri geografi, sempadan politik, sosio-ekonomi dan statistik ekonomi.
Gambar rajah 11.1.5 menunjukan peta politik dan fizik dunia.
v Peta imejan satelit
Peta yang ditunjukan dalam bentuk imej dari satelit yang lebih jelas dan tepat.
Gambar rajah 11.1.6 menunjukkan peta imejan satelik Malaysia.
vi Peta orienteering
Peta ini kebiasaaanya dibuat oleh mereka yang mempunyai pengetahuan dan minat di bidang orienteering. Hanya para orienteer yang memahami apakah yang perlu dimasukkan ke alam peta orienteering bagi membantu para peserta menggunakan segala ciri yang ada di atas tanah dan peta sebagai panduan navigasi.
Gambar rajah 11.1.7 menunjukkan peta orienteering.
11.2 Kandungan Peta Orienteering
i Tajuk peta.
ii Arah Utara.
iii Skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000.
iv Petunjuk peta.
v Garisan melaras utara-selatan.
vi Kredit – kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja dsb.
11.3 Warna-warna dalam peta
Di dalam peta terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut adalah :-
· Hitam - ciri-ciri buatan manusia & batu.
· Perang - kontor & jalanraya.
· Kuning - keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka.
· Putih - keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari.
· Hijau - keadaan tumbuhan :berjalan/redah.
· Biru - kawasan berair.
11.4 Bentuk Muka Bumi
Garisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud paras ketinggian yang samarata bagi keadaan muka bumi berkenaan. Antara yang perlu diketahui adalah :-
i Susuh bukit (spur) - sejalur tanah yang menganjur keluar.
ii Ceruk (re-entrant) - berlawanan dengan susuh bukit.
iii Permatang (ridge) - tanah tinggi yang memanjang.
iv Pelana (saddle) - suatu lekukan yang terletak diantara dua bukit.
v Knol (tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil dari anak bukit.
12.0 KOMPAS
Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic merah hitam serta ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia merupakan alat bantu dalam sukan orienteering. Empat arah utama kompas ialah Utara, Selatan, Timur dan Barat. Kompas orienteering pula terdapat dalam berbagai bentuk dan jenama antaranya baseplate compass, thumb compass dan clip compass. Ianya direkacipta agar lebih mudah dan praktikal. Dua jenama yang popular adalah Suunto buatan Finland dan Silva buatan Sweden.
12.1 Jenis Kompas
Jenis-jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk tujuan navigasi, antaranya adalah:-
i Kompas Tentera
Gambar rajah 12.1.1
ii Kompas Orienteering
Gambar rajah 12.1.2
iii Kompas Marin
Gambar rajah 12.1.3
iv Kompas Kiblat
Gambar rajah 12.1.4
v Kompas Digital
Gambar rajah 12.1.5
12.2 Kegunaan Kompas Orienteering
Kompas orienteering boleh digunakan untuk tujuan berikut :-
ü Mengukur jarak jauh perjalanan.
ü Menentukan kedudukan dan arah lalun balik semasa mengatasi halangan.
ü Mencari arah perjalanan.
ü Menyelaraskan peta.
ü Membantu menentukan tempat keberadaan dalam peta (digunakan bersama peta).
12.3 Anatomi Kompas Orienteering
Gambar rajah 12.3.1 Kompas
i. Jarum magnet
Jarum merah adalah arah utara, dan jarum putih pula arah selatan. Namun perlu berhati-hati kerana ada kompas yang tidak ikut standard (putih tunjukke utara).
ii. Bearing point
Bearing adalah sudut mendatar yang diukur mengikut arah jam dari utara (baik utara magnetik atau utara benar) ke beberapa titik (sama ada titik pada peta atau titik di dunia nyata). Bearing digunakan untuk melakukan perjalanan ke destinasi dengan tepat atau untuk mencari kedudukan. Sekiranya anda melepaskan titik nyata pada lanskap dengan kompas, anda menggunakan kompas untuk mengukur sudut mengikut arah jam dari utara magnetik hingga titik ini pada lanskap. Ini dipanggil bearing magnet. Ingat bahawa bearing diukur mengikut arah jam. Sekiranya anda memikirkan utara benar sebagai pukul 12, maka bearing di sebelah kanan itu (1:00) lebih besar daripada utara yang benar dan bearing di sebelah kiri utara utara (jam 11) kurang dari utara yang benar.
iii. Pembaris skala
Ukuran milimeter, mm dan inci di sisi kompas.
iv. Hala tuju
Untuk mentap dan membaca bearing
13.0 TEKNIK- TEKNIK ASAS ORIENTEERING
Peta merupakan satu alat yang utama untuk bergerak dan dibantu oleh kompas. Segala maklumat yang ada dalam peta adalah amat berguna kepada seseorang orienteer di dalam merancang pergerakkan dan menetukan kedudukan semasa bergerak. Pergerakkan dan satu kawalan ke satu kawalan yang lain tidak semestinya dalam satu arah yang lurus iaitu dengan kata lain tidak semestinya mengikut arah kompas 100%. Malah pada satu peringkat dalam landasan mungkin tidak memerlukan kompas langsung tetapi hanya berpandukan peta sahaja.
Gambar rajah 13.1
1. Persediaan Peta
Perkara utama yang patut dilakukan semasa menerima peta ialah melaras dan menentukan utara peta kompas, ia menentukan kedudukan ketika itu. Untuk mengemudi diri dengan lancar dan pantas, perlu sentiasa melaras peta agar ciri-ciri di atas peta selari dengan ciri-ciri yang sama di atas tanah. Bagi membantu anda berlari dan pada masa yang sama mengetahui kedudukan anada, sebaiknya peta dilipat sekecil yang boleh hanya mempamirkan laluan yang anda ikuti. Peta hendaklah dipegang dengan tangan kiri ibu jari kiri sentiasa mengikuti dan menunjukkan laluan pergerakkan. Ini akan memudahkan anda sentiasa mengetahui kedudukan anda di atas peta serta mengurangkan risiko untuk sesat.
2. Teknik Susur Tangan
Bagi mereka yang baru dalam orienteering. Seseorang itu digalakkan memilih laluan yang menggunakan ciri-ciri sebagai panduan pergerakkan di mana ciri-ciri ini adalah sesuatu yang mudah dikenal pasti dan diikuti di atas tanah. Ciri-ciri yang dimaksudkan ini antara lainnya ialah jalan, lorong kaki, sungai, pagar dan sebagainya dimana ia dikenali sebagai ciri garisan (line feature). Kaedah penggunaan ciri garisan ini dinamakan sebagai teknik susur tangan. Sebelum memulakan pergerakkan cuba perhatikan apakah ciri garisan yang boleh digunakan sebagai susur tangan. Pastikan ciri tersebut dapat membawa anda seberapa hamper ke titik kawalan yang anda tuju ataupun setidaknya ciri tersebut menghala selari kea rah pergerakan anda walaupun hanya separuh perjalanan sahaja.
3. Teknik-Teknik Sasaran
Titik sasaran merupakan satu siri yang jelas untuk digunakan sebagai panduan untuk mengubah arah pergerakkan Apabila anda tidak menggunakan arah kompas tetapi membuat pilihan laluan yang lain seperti menggunakan ciri garisan dan sebagainya, anda perlu membuat pembetulan atau mengubah arah pergerakkan dari masa ke semasa untuk tiba ke titik kawalan. Oleh yang demikian anda perlu pastikan satu siri sebagai titik sasaran untuk dijadikan panduan di mana apabila tiba di titik sasaran tersebut. Anda akan mengubah laluan samada anda akan melaras kompas semula atau menggunakan pilihan laluan lain.
Ø Ciri rujukan/sasaran sebelum tiba di titik kawalan
Selain dari menjadi titik sasaran sebagai panduan tempat untuk mengubah laluan, titik sasaran juga digunakan sabagai satu siri yang boleh dirujuk untuk mengesahkan yang anda hamper tiba di titik keadaan ini perlulah yang agak hampir dengan sesuatu titik kawalan. Elakan menggunakan banyak titik-tittik sasaran di dalam setiap peringkat pergerakan anda kerana melengahkan pergerakan
Ø Relokasi
Relokasi adalah suatu teknik atau prosedur yang digunakan apabila anda tidak pasti akan kedudukan apabila anda tidak pasti akan kedudukan sebenar anda atau apabila anda sesat. Tekniknya ialah:
o Jangan panik jika anda rasa anda telah sesat
o Jangan bergerak/merayau-rayau tidak tentu arah
o Laraskan peta kearah peta utara dan cuba bandingkan corak ciri-ciri yang yang anda boleh lihat
o Jika anda masih tidak dapat menetukan kedudukan cuba ingat ciri terakhir yang telah dilalui dan semak di dalam peta
o Setelah 2 minit dan anda masih sesat, cuba bergerak kea rah ciri garisan yang jelas. Dapatkan kedudukan anda dan teruskan pergerakkan ke titik kawalan.
o Jika anda risau dan masih ragu-ragu cuba dapatkan bantuan sesiapa atau balik ke titik permulaan.
o Satu perkara nyang perlu diberi perhatian ialah anda mesti melaporkan diri samada di titik penamat atau titik permulaan sekiranya anda tidak mahu meneruskan acara.
14.0 DISIPLIN KEPELBAGAIAN SUKAN ORIENTEERING
14.1 Disiplin Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
Orienteering merentas desa. Ia juga dikenali sebagai acara klasik. Di dalam acara ini, peserta adalah dimestikan melawat kesemua titik-titik kawalan menurut aturan yang telah ditetapkan. Sekiranya peserta tidak melawat salah satu titik kawalan tersebut. Penyertaannya dikira batal. Orienteering ini biasanya dijalankan dikawasan rupa bumi yang pelbagai. Format ini lebih sesuai untuk pertandingan kerana kesemua peserta umumnya akan menghadapi cabaran yang hampir sama.
14.2 Disiplin Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
Di dalam acara jenis orienteering bermarkah, banyak titik-titik kawalan disediakan di mana setiap titik kawalan mempunyai mata yang tertentu bergantung kepada jarak dan kesukaran teknikal. Peserta adalah bebas untuk memilih mana-mana titik kawalan untuk dilawati. Walau bagai mana pun masa adalah dihadkan dan biasanya 60 minit. Peserta yang melebihi dari had masa yang ditetapkan akan dikenakan penelti dan bentuk penelti bergantung kepada penganjur. Matlamat acara orienteering bermarkah ini adalah untuk mengumpul mata yang banyak dengan melawati seberapa banyak kawalan yang boleh di dalam masa yang dihadkan. Format ini adalah sesuai untuk peserta-peserta baru kerana penyertaan mereka tidak terbatal jika tidak melawat salah satu titik kawalan. Walau bagai mana pun acara ini nampaknya agak mudah tetapi peserta perlu merancang dan meneliti landasannya sendiri dalam keadaan masa yang terhad.
14.3 Disiplin Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
Orienteering ini dijalankan dikawasan berbukit-bukit di samping jarak yang agak jauh. Terdapat juga di mana acara ini dijalankan melebihi dari satu hari dan di dalam keadaan ini peserta perlu membawa bersama-sama peralatan bermalam. Format ini memerlukan peserta yang berpengalaman dan tahap fizikal yang agak tinggi memandangkan landasan acara ini yang mencabar serta memerlukan navigasi dan daya keyakinan yang mantap.
14.4 Disiplin Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
Acara ini dijalankan dengan penyertaan secara berpasukan, 3 atau 4 orang. Setiap ahli dalam pasukan akan menamatkan landasan beliau sebelum digantikan oleh rakan sepasukan di satu tempat penggantian yang telah ditetapkan. Setiap peserta di dalam sesuatu pasukan akan melalui landasan yang berbeza.